Ini Baru Betul Kambing Hitam!



Di dalam pepatah Melayu ada menyatakan, usah menjadi kambing hitam dalam satu-satu konflik dan perkara. Akibatnya cukup buruk kerana pada kebiasaannya, orang akan menunding jari kepada kambing hitam ini terlebih dahulu sebelum mereka mencari kebenaran disebalik sesuatu perkara.

Namun, lain pula halnya bagi UMNO Bahagian Parit. Jika pepatah orang tua-tua menyebut, usah menjadi kambing hitam, namun di UMNO Bahagian Parit, kambing memang menjadi satu masalah yang cukup merosakkan nama UMNO Bahagian Parit.

Mungkin bagi warga Parit, semua orang tahu akan pembukaan ladang kambing yang bertujuan menjana dana buat UMNO Bahagian Parit selain daripada menyediakan peluang pekerjaan buat anak muda di Parlimen ini. Dengarnya mungkin bagus, namun apa yang berlaku benar-benar memeranjatkan.

Manakan tidak, tidak pun sampai beberapa tahun pembukaannya, banyak cerita kurang enak kedengaran di sebalik pembukaan ladang berkenaan. Manakan tidak, hasil daripada penjualan kambing-kambing ini dikhabarkan hanya digunakan untuk kegunaan peribadi tanpa disalurkan kepada akaun yang sepatutnya.

Menurut sumber dalaman UMNO Bahagian Parit sendiri, sepatutnya, hasil yang diperolehi dari ladang yang mencecah ratusan ekar ini, perlu disalurkan kepada akaun UMNO Bahagian Parit, Koperasi dan dua akaun yang lain. Namun, menurut sumber berkenaan, sukar untuk melihat hasil daripada ladang ini di masukkan kedalam akaun milik UMNO Bahagian Parit.

Paling mengejutkan adalah, segala surat menyurat mengenai ladang ini, tidak pernah sampai ke UMNO Bahagian Parit. Sebaliknya, segala urusan surat menyurat dipercayai terus ke rumah mereka yang mengetuai projek ini. Adakah terdapat ketelusan dalam projek seumpama ini?

Hari ini, ladang yang sepatutnya melahirkan usahawan desa yang berdaya maju hasil daripada latihan yang diperoleh menerusi ladang kambing berkenaan, hanya tinggal nama dan sejarah sahaja. Di khabarkan, ladang berkenaan telah dijual kepada pihak luar yang sama sekali bukan dari anak Parit itu sendiri. Inilah yang dinamakan sebagai kambing hitam yang sebenar.

Ulasan