Tidak Mustahil, DUN Belanja Akan Terus Dilupakan Jika Pembangkang Menang



Samada kita suka ataupun tidak, satu hakikat yang tidak dapat dinafikan adalah, keadaan semasa di DUN Belanja yang boleh dianggap agak jauh ketinggalan berbanding DUN Bota di dalam Parlimen Parit. Walaupun hakikatnya, pengundi di DUN ini masih setia dengan BN, namun pembangunan yang dibawa, boleh dianggap cukup minima berbanding apa yang dinikamati oleh DUN Bota.

Di saat kehangatan Pilihan Raya Umum ke 14 semakin dirasai, terdapat beberapa khabar yang agak kurang menggembirakan. Ada khabar angin mendakwa, pengundi di DUN Belanja akan menunjukkan pemberontakan mereka dengan kali ini mereka di dakwa ingin memberi kemenangan kepada calon pembangkang.

Antara alasan yang diberikan adalah, kegagalan BN membawa kemajuan di DUN ini sehingga menyaksikan, keadaan di Pekan Parit ini hanya sedikit maju berbanding Pekan koboi Beruas yang dikuasai DAP. Malah, untuk membandingkan kemajuan di Pekan Parit dengan Bandar Seri Iskandar, boleh dianggap seperti langit dengan bumi.

Mungkin, ianya kedengaran seperti rajuk yang panjang dari pengundi yang selama ini setia memberi kemenangan buat calon BN. Namun, hari ini, senario seperti ini semakin berubah. Dengan perkhabaran kemungkinan calon baru yang lebih muda serta perancangan rapi untuk membangunkan Parit, ianya jelas bukan satu perkara retorik politik yang hanya mencari undi semata-mata.

Di khabarkan, sepanjang penggal yang akan datang, isu utama buat warga Pekan Parit adalah jalan raya yang menghubungkan Siputeh - Parit akan di naik taraf. Malah, diberitakan, pembinaan sebuah hospital juga mungkin akan dilakukan selain daripada memperindahkan lagi Pekan Parit untuk dijadikan tarikan baru pelancongan buat negeri Perak.

Bayangkan, jika mereka terus menanggung rajuk sehingga tergamak menggadaikan masa depan semua warga DUN Belanja dengan memberi undi kepada pembangkang, apa yang boleh mereka dapat selain dari janji palsu? Tidak perlu untuk merenung jauh. Lihat sahaja jiran Parlimen Parit, Parlimen Beruas yang di tadbir oleh Ngeh Khoo Ham. Apa yang dia bawa untuk warga Beruas?

Tambahan pula, calon Ahli Parlimen Parit dari Pakatan Harapan, Tarmizi Mat Jam kini lebih menumpukan kempennya ke DUN Bota berbanding DUN Belanja. Ianya sudah menjadi petunjuk jelas bahawa PAN hanya berminat ke tempat yang labih maju berbanding cuba membantu nasib warga DUN Belanja yang agak ketinggalan.

Setidak-tidaknya, BN sentiasa berusaha membantu seluruh rakyat dan setidak-tidaknya, Parit kini dikenali sebagai Pekan Warisan. Atas tiket inilah calon BN yang akan datang dilihat cuba mengembangkan status ini supaya seluruh warga Parit menerima impak hasil daripada pembangunan pesat yang akan dibawa.

Ulasan