Bila Ada Pembangunan Mega, Pembangkang Pun Mula Menempel Mencari Nama



Terlebih dahulu, jutaan terima kasih diucapkan kepada Pengerusi Barisan Nasional, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak di atas pengumuman untuk membina sebuah lapangan terbang di Seri Iskandar semasa beliau membentangkan manifesto BN di Axiata Arena, Bukit Jalil, 7 April yang lalu.

Bagi kami warga Parlimen Parit, pengumuman ini jelas menampakkan keprihatinan pemimpin BN pusat keatas Perak Tengah yang dianggap sebagai antara daerah yang paling pesat membangun di negeri Perak. Ia mungkin akan memangkinkan pertumbuhan ekonomi buat warga Parlimen Parit dan kawasan sekitar apabila siap kelak.

Sebenarnya, ada sesuatu perkara yang menarik perhatian penulis apabila pengumuman pembinaan lapangan terbang ini dibuat. Manakan tidak, sebaik pengumuman ini dibuat, para calon pembangkang terutamanya calon PAN, Tarmizi Mat Jam dilihat memfokuskan kempennya di DUN Bota berbanding DUN Belanja.

Malah, calon PAS, Dr Najihatussalehah Ahmad turut mengikut jejak langkah Tarmizi apabila dilihat lebih gemar berkempen di DUN berkenaan. Ingin ditanyakan kepada mereka berdua, adakah Parlimen Parit hanya mempunyai satu DUN sahajakah? Adakah DUN Belanja bukan terletak di dalam Parlimen Parit?

Perlu diingatkan kepada mereka dan para penyokong mereka. Apa yang diumumkan oleh Pengerusi BN pada 7 April yang lalu adalah janji yang akan dikotakan oleh BN sekiranya berjaya mempertahankan Parlimen ini pada Pilihan Raya Umum ke 14 kelak.

Ianya bukan janji pembangkang di Parlimen ini malah ianya juga bukan hasil daripada perjuangan mereka. Sebelum ini, Tarmizi pernah memperlekehkan berita yang menyatakan kerajaan berhasrat untuk membina lapangan terbang di Parit Tengah. Malah, PAS sendiri juga pernah mengeluarkan kenyataan bahawa pembinaan ii hanyalah angan-angan Mat Jenin bagi meraih undi.

Hari ini, kenapa mereka begitu beriya-ia berkempen di DUN Bota sedangkan sebelum ini mereka juga yang memperlekehkan usaha ini? Apa yang pasti, mereka cuba untuk mendapat kredit hasil usaha BN demi kepentingan politik mereka semata-mata.

Ulasan