Di dalam Parlimen P069 Parit, selain daripada DUN Belanja, DUN Bota juga merupakan salah satu DUN yang bernaung di bawah Parlimen ini. Sejak tahun 2003 sehingga kini, DUN berkenaan kekal di bawah penguasaan Barisan Nasional dan Datuk Nasarudin Hashim merupakan penyandang bagi kerusi berkenaan sejak Pilihan Raya Umum ke 12 lagi.
Namun begitu, perkembangan terkini menyaksikan, beliau telah mengambil keputusan untuk tidak lagi mempertahankan kerusi ini dan seterusnya mengambil keputusan untuk berehat. Perkembangan ini menyaksikan kerusi bagi DUN ini terbuka dan antara calon yang disebut-sebut bakal mengisi kekosongan kerusi ini adalah Tuan Haji Mior Shahrin Bin Haji Mior Mohamad Yusop.

Sebagai salah seorang anak Parlimen Parit yang mempunyai latar belakang akademik dan kerjaya yang baik, sudah tentu ianya merupakan satu kelebihan untuk beliau di pilih untuk di calonkan di kerusi ini. Tambahan pula, hubungan akrab beliau dengan UMNO Bahagian Parit juga merupakan salah satu sebab kenapa namanya tidak boleh diketepikan begitu sahaja.
Walau apa sekalipun, warga DUN Bota pastinya meletakkan harapan yang tinggi buat sesiapa sahaja calon yang akan dipilih kelak untuk meneruskan kesinambungan usaha pembangunan yang dibawa oleh Datuk Nasarudin Hashim di DUN ini.

Mungkin ada benarnya nama Tuan Haji Mior Shahrin mungkin akan terpilih dan jika ini berlaku, DUN Bota dan Parlimen Parit amnya akan menerima seorang lagi warganya yang mempunyai latar belakang pendidikan dan kerjaya yang cukup mengagumkan. Inilah masa untuk melihat perubahan menyeluruh di Parlimen Parit setelah sejak sekian lama dikuasai oleh individu yang dianggap kurang produktif.
Ulasan
Catat Ulasan