Kata orang tua-tua, air yang dicincang, tidak mungkin akan putus. Mungkin itulah perumpamaan yang terbaik bagi menggambarkan suasana dan keadaan semasa iklim politik di Parlimen Parit ini.
Ramai yang menjangkakan, akan ada pertembungan antara dua kem iaitu kem yang diketuai oleh Ahli Parlimen Parit sekarang, Datuk Haji Mohd Zaim Abu Hasan dengan kem Datuk Akmar Hisham Mohd Yusuf, Setiausaha Akhbar Perdana Menteri.
Hakikat sebenarnya adalah, walaupun secara luarannya nampak ada pertembungan idealogi antara mereka, namun hakikatnya, hubungan antara kedua-dua pemimpin UMNO Bahagian Parit ini, cukup akrab dan baik.
Kedua pemimpin berjiwa besar ini sedar, sebarang pertembungan antara mereka dan penyokong mereka, tidak akan membawa sebarang kebaikan buat Parlimen Parit yang selama ini menjadi kubu kuat UMNO dan Barisan Nasional di negeri Perak.
Malah, mereka sedar, hal kepentingan rakyat perlu diutamakan dari memikirkan siapa yang berhak dan layak dicalonkan oleh UMNO dan Barisan Nasional untuk bertanding di kerusi Parlimen ini. Tambahan pula, kedua-dua pemimpin ini juga amat menyedari ancaman yang dibawa oleh parti pembangkang khususnya PAS dan PAN yang mengintai untuk merampas kerusi ini dari tangan BN.
Justeru, apa yang diharapkan, hubungan akrab seumpama ini mampu menyatu padukan ahli UMNO di Bahagian Parit. Tolak ketepi siapa yang layak dan berhak untuk dijadikan calon UMNO dan BN. Musuh kita adalah PAN dan PAS yang sedaya upaya mahu merampas kerusi ini dari tangan BN.
Perpecahan tidak akan membawa sebarang untung kepada mana-mana pihak apatah lagi UMNO dan BN hari inis edang berusaha keras untuk memastikan kerajaan kekal milik UMNO dan BN. Parlimen Parit harus kita kekalkan di bawah kuasa UMNO kerana ini adalah salah satu benteng utama kekuatan UMNO dan BN di Perak.
Untuk memantapkan kekuatan BN di P069 Parit, Dun N38 Belanja & Dun N39 Bota, dua muka baru di atas sememangnya pilehan yg amat tepat sekali. Seorang penyandang lama sememangnya perlu dikekalkan dan pilehan yg perlu dilakukan oleh pihak atasan adalah utk mencalonkan sesaorang yg paling disenangi oleh masyarakat Perak Tengah.
BalasPadam