Sudah sepenggal Datuk Drs Mohd Nizar Zakaria menjadi wakil rakyat bagi DUN Belanja di dalam Parlimen Parit. Beliau lebih dikenali sebagai seorang yang berperwatakan ustaz dan dikatakan amat senang didekati oleh pengundi di dalam DUN berkenaan.
Walaupun beliau juga dikenali sebagai Exco Kerajaan Negeri Perak, namun apa yang menyedihkan adalah, pembangunan di DUN yang dikuasai olehnya begitu perlahan sehingga boleh dianggap seperti tiada langsung. Timbul persoalan, apa yang beliau lakukan untuk warga DUN Belanja sehinggakan keadaan semasa di pekan kecil Parit tidak ubah seperti pekan koboi?
Pastinya warga DUN Belanja amat dahagakan pembangunan berterusan di bawa ke DUN Belanja. Jika sesiapa perasan, perbandingan antara DUN Belanja dan DUN Bota seolah-olah seperti langit dan bumi. Keadaan semasa di DUN Bota nampaknya lebih tersusun dengan pelbagai projek pembangunan infrastruktur dan ekonomi begitu pesat berlaku.
Namun bagi DUN Belanja, dengan tiada sebarang projek pembangunan berterusan di bawa, DUN Belanja kekal sebagai antara DUN yang paling tidak proaktif bagi penduduk. Disinilah timbulnya persoalan besar, apa yang mampu dilakukan oleh Datuk Nizar bagi membangunkan DUN Belanja? Apakah pecutan terakhir yang mampu dilakukan oleh Datuk Nizar bagi penduduk DUN Belanja?
Itulah yang menjadi persoalannya. Penduduk di DUN Belanja juga berhak untuk menikmati pembangunan di Pekan Parit dan seluruh DUN Belanja. Jangan sampai penduduk di DUN Belanja mula merasa bosan dengan kelembapan pembangunan yang di bawa sehingga beralih sokongan kepada pembangkang.
Seandainya ini berlaku, Datuk Nizar harus sedar bahawa rakyat juga semakin hari semakin tertanya-tanya, bilakah pembangunan yang dijanjikan sebelum ini akan dibawa ke DUN Belanja. Rakyat kini hanya menilai keberkesanan seseorang wakil rakyat membela nasib mereka dan menunaikan janji yang telah diungkap semasa berkempen.
Ulasan
Catat Ulasan