Sesiapa Sahaja Yang Dipilih, Dialah Yang Diberi Kepercayaan



Sejak kebelakangan ini, ramai warga Parlimen Parit begitu hangat membicarakan calon-calon yang bakal bertanding di DUN Bota, DUN Belanja dan juga Parlimen Parit. Ada yang cuba meneka, ada yang berjanji akan memboikot parti sekiranya calon yang mereka sokong, tidak dipilih malah ada yang begitu hebat melobi untuk menjadi calon.

Mengikut tinjauan rambang, bagi kerusi Parlimen Parit, dua nama begitu hangat disebut-sebut sebagai calon Barisan Nasional untuk kerusi ini. Mereka adalah Datuk Haji Mohd Zaim Abu Hasan, penyandang dan juga orang lama dalam politik Parlimen Parit dan Datuk Akmar Hisham Mohd Yusuf, Setiausaha Akhbar Perdana Menteri yang merupakan anak jati Kampung Baru.

Untuk sendikit rekod, Datuk Haji Mohd Zaim merupakan ADUN Belanja untuk 3 penggal di mana satu penggal, beliau telah tewas di tangan calon PAS pada tahun 1999. Pada 2013, beliau telah menjadi Ahli Parlimen Parit dengan mengalahkan calon PAS.

Bagi Datuk Akmar pula, beliau merupakan anak jati Kampung Baru yang berkelana ke Kuala Lumpur sebagai wartawan sebelum kariernya berkembang menjadi Setiausaha Akhbar Perdana Menteri. Beliau juga merupakan anak Melayu yang telah berjaya melahirkan jaguh sukan lasak negara dan paling menarik, beliau mudah didampingi oleh masyarakat sekitar Parlimen Parit.

Masing-masing mempunyai kredebiliti yang tersendiri dan di kalangan para penyokong, mereka mempunyai alasan tersendiri kenapa Datuk haji Mohd Zaim dan Datuk Akmar Hisham layak untuk di angkat sebagai calon BN bagi Pilihan Raya Umum ke 14 untuk Parlimen Parit.

Namun begitu, disaat kedua-dua calon ini bertembung samada di laman sosial mahupun secara realiti, bagi penyokong Datuk haji Mohd Zaim, mereka dilihat lebih obses terhadap calon mereka. Sehinggakan, ada diantara mereka berjanji untuk tidak keluar mengundi pada pilihan raya itu kelak seandainya calon mereka tidak terpilih.

Malah, ada diantara mereka sanggup untuk membelakangkan parti dengan niat mahu mensabotaj jentera pilihan raya BN. Lebih teruk lagi, ada yang berjanji untuk memberikan undi mereka kepada calon pembangkang seandainya nama Datuk Haji Mohd Zaim tidak terpilih.

Timbul persoalan, kenapa perkara seumpama ini boleh berlaku? Sekiranya mereka ahli UMNO dan penyokong kuat BN, mereka sepatutnya sedar, sejak dahulu lagi, kuasa memilih calon terletak ditangan Presiden UMNO dan juga Pengerusi Barisan Nasional. Sekiranya mereka menolak apa yang telah diputuskan oleh Datuk Seri Mohd Najib, samalah ertinya dengan mengkhianati parti itu sendiri.

Sepatutnya, mereka beristiqomah dalam perjuangan. Seandainya di pilih, itu sudah cukup bagus di mana Datuk Haji Mohd Zaim, sekiranya menang, akan memecah rekod monopoli Tun Dr Mahathir sebagai Ahli politik yang paling lama memegang jawatan dalam sejarah negara. Sekiranya tidak, mungkin sudah tiba masanya untuk beliau bersara dan berehat dan menyerahkan tampuk kuasa kepada orang baru.

Seperti yang diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, beliau telah meletakkan kreateria calon yang disenangi oleh rakyat, popular dan diyakini mampu untuk membawa kejayaan kepada Barisan Nasional. Bukannya berapa lama seseorang itu berkhidmat. Ini yang para penyokong beliau terlupa sehingga tergamak memasang niat mahu mensabotaj parti.

Tidak kiralah nama Datuk Haji Mohd Zaim ataupun Datuk Akmar Hisham Mohd Yusuf yang dipilih oleh Pengerusi BN kelak, sebagai ahli UMNO yang sayangkan parti dan menyintai kedamaian Parlimen Parit, kita wajar bersatu padu semula dan mengenepikan sentimen wala tidak bertempat ini.

Mungkin Pengerusi BN dan Presiden UMNO itu sendiri telah meneliti dan meyakini, calon yang akan beliau pilih kelak, mampu untuk membawa lebih banyak kemajuan serta diterima baik oleh warga Parit. Musuh kita bukan Datuk Haji Mohd Zaim atau Datuk Akmar Hisham. Musuh kita dalah parti lawan yang mahu merampas Parlimen yang menjadi milik BN ini. Itu yang patut kita tentang.

Ulasan