Mungkin bagi mereka yang kurang mengambil peduli tentang keadaan semasa di Parlimen P069 Parit, mereka akan mengatakan Parlimen ini berada dalam keadaan yang cukup tenang. Namun bagi mereka yang memahami tentang permasalahan politik, Parlimen ini terdedah kepada serangan dari luar dan dalam.
Apa yang dimaksudkan serangan luar dan dalam? Serangan luar bermaksud, Parlimen ini sering dijadikan sasaran oleh pembangkang terutamanya DAP yang menguasai beberapa Parlimen di sekeliling Parlimen Parit manakala serangan dalam pula bermaksud, masalah kepimpinan dalaman di Parlimen ini.
Mari kita kupas serba sedikit serangan dari luar yang menyasarkan Parit ini. Perlu diakui bahawa hari ini, Parlimen Batu Gajah dan Parlimen Bruas dikuasai oleh DAP yang mana kedua-dua Parlimen ini terletak bersempadan dengan Parlimen Parit.
Dalam hal ini, DAP cukup sedar bahawa untuk menguasai kawasan Perak Tengah, mereka perlu menawan Parlimen Parit supaya jajaran Batu Gajah sehingga Pantai Remis dapat mereka kuasai dengan mudah. Namun begitu, satu-satunya yang menghalang DAP untuk menguasai Parlimen ini adalah disebabkan populasi penduduk di Parlimen ini yang majoritinya adalah Melayu.
Oleh yang demikian, mereka menghantar calon dari Parti Amanah Negara untuk menumbangkan kekuatan UMNO yang sekian lama menguasai Parlimen ini. Timbul persoalan, kenapa Parlimen Parit dijadikan sasaran pembangkang?
Perlu diakui bahawa di dalam Parlimen ini letaknya dua universiti terkemuka di Malaysia iaitu Universiti Petronas dan UiTM. Malah, kedudukan Parlimen ini yang berada di tengah-tengah antara Ipoh dan Setiawan, turut menarik minat mereka bagi menguasainya. Paling utama, seandainya DAP ataupun PAN berjaya menumbangkan UMNO di Parlimen ini, ini bermakna, UMNO tidak lagi kebal di daerah Perak Tengah mahupun di negeri Perak itu sendiri.
Mari kita imbau permasalahan dalaman yang membelenggu Parlimen ini. Sejak beberapa penggal yang lalu, ramai dikalangan rakyat mahukan pemimpin yang lebih muda untuk menerajui Parlimen ini. Namun, malangnya, hasrat mereka tidak kesampaian kerana pemimpin sedia ada enggan melepaskan jawatan selain menghalang mana-mana individu untuk menggantikan mereka.
Ditambah pula dengan kegagalan pemimpin ini membawa arus kemajuan terbaik buat warga Parlimen Parit dan ianya jelas memberikan peluang untuk mereka yang tidak berpuas hati dengan pemimpin sedia ada mengalih sokongan mereka terhadap UMNO atau setidak-tidaknya memulau PRU ke 14.
Persoalannya, adakah ini kemahuan warga Parlimen Parit? Sudah tentu tidak. Mereka masih lagi tebal menaruh kepercayaan kepada UMNo mahupun Barisan Nasional untuk membawa perubahan di Parlimen ini. Cuma apa yang perlu dilakukan adalah dengan menukar kepimpinan sedia ada dengan pemimpin yang lebih muda, bertenaga dan dipercayai mampu membawa pembangunan di sini.
Secara kesimpulannya, walaupun Parlimen ini berada di dalam zon yang agak selamat dari sebarang ancaman daripada pembangkang, namun ia bukan bermakna setiap seorang warganya hanya mengambil tindakan tunggu dan lihat. Sesuatu harus dilakukan untuk terus mengekalkan kerusi yang secara tradisinya adalah milik UMNO dan juga BN ini dari dirampas oleh pihak pembangkang.
Perhatian diberi berlandaskan sejarah, kegagalan tidak boleh diulangi lagi kena ingat byk sejarah yg dilalui, sbgi seorang bloggers mmg graf turun naik memeritkan ulasan dan posting utk menyelamatkan par Parit.
BalasPadamHakikatnya menteri yg dianggap payung terjun seketika dulu tumbang 3 berbalas kosong... perit dan menyedihkan... Puncanya apa?
Tarik rambut dalam tepung yop. Bugarkan mata lihat kekurangan dan buang ego jauh-jauh sbb itu puncanya...
Kali ini yg bakal bertandang sdh dlm list bloggers yg berkhidmat marhain dua penggal PRU menabur jasa tanpa sebarang mimpi imbuhan... Semuanya kerana Abata dan parit juga zone perang kumer... Wajib pertahankan....cuma...
Kali ini amat meyedihkan bila para pejuang maya yg sungguh sudah berjasa, orang perak sendiri dipinggirkan... mereka ibarat snipper yg berkeliaran tidak diendahkan
Lebih lagi yg bakal bertandang juga komander besar cyber, pelik kalau tak nampak.
Rasanya perihatin dan buangkan kalau ada ego membuat sentuhan bertanya khabar tak salah dgn ngeteh pun dah boleh melihat jalan keluar...
Perak buang dema sbb angkara pegawai negeri yg angkuh tgh haloba. Dapatkan? apa akan jadi bila tersimpan jiwa perang yg dikhianati perjuangan marhain..... Perlu diingat disebabkan pegawai hancokwak nie juga pernah pemimpin utama jadi sasaran....
Jadi bukan hal pelik jika mereka terus menembak sbgai snipper...
Teman bagi tau jer... Boleh abaikan kalau rasa kehebatan yg ada lebih besar dan mmg suka tunjuk hebat sebagai hero. Menang kalah yg rosaknya nanti bangsa sendiri...
Hidung teman masih kuat cium jauh yop...ngaborkan jer. Terpulang lah