Parlimen Parit Bukan Hak Milik Individu





Memang sesuatu yang agak menghairankan apabila terdapat segelintir mereka yang begitu taksub kepada Ahli Parlimen P069 Parit, Datuk Haji Mohd Zaim Abu Hasan sanggup memfitnah program penyampaian bantuan khas persekolahan di Tadika Kemas yang dianjurkan oleh Datuk Akmar Hisham Mohd Yusof.

Mereka mendakwa, program berkenaan membelakangkan Ahli parlimend an pihak guru-guru Kemas sendiri sedangkan ianya dianjurkan setelah mendapat kerjasama penuh dari pihak Kemas Parlimen P069 Parit.

Sukar difahami, kenapa perkara sedemikian boleh berlaku sedangkan program yang dijalankan ini adalah bersifat kebajikan dan demi membantu mereka yang kurang berkemampuan terutamanya mereka yang tinggal di kawasan luar bandar. Malah, program ini langsung tidak membabitkan sebarang urusan politik.

Adakah pihak-pihak ini merasakan, Parlimen Parit ini adalah hak milik mereka atau Parlimen ini adalah hak milik mutlak Datuk Haji Mohd Zaim seorang sahaja sehingga tidak boleh mana-mana pihak menganjurkan program yang baik untuk masyarakat? Adakah mereka berasa tergugat dengan program yang baik seumpama ini?

Memang mengecewakan apabila mereka sanggup mengheret usaha yang dilakukan oleh Datuk Mok ini sebagai satu langkah untuk menumbangkan Datuk Haji Mohd Zaim. Sepatutnya, mereka perlu sedar bahawa proogram seumpama ini banyak diadakan oleh mereka yang bukan Ahli Parlimen mahupun ADUN di sesebuah kawasan.

Sesiapa sahaja berhak untuk menganjurkan program kebajikan seumpama ini tanpa sebarang halangan atau gangguan dan juga fitnah. Seandainya seseorang itu berkemampuan, apalah salahnya program kebajikan ini di bantu dan disokong sepenuhnya? Adakah mereka sudah cukup kenyang menabur fitnah terhadap program seumpama ini?

Difahamkan, ini bukan kali pertama program yang dijalankan oleh Datuk Mok ini difitnah oleh mereka yang begitu taksubkan Datuk Haji Mohd Zaim. Sebelum ini juga, terdapat pelbagai fitnah yang cuba mereka timbulkan hanya semata-mata memburukkan imej Datuk Mok yang juga merupakan anak jati Parlimen Parit.

Berhentilah dari menjadi manusia jumud dan langsung tidak berkembang akalnya. Tentang hal calon di Parlimen ini, biarlah pucuk pimpinan yang menentukannya. Manakala program kebajikan seumpama ini, akan lebih cantik sekiranya ramai yang turun padang membantu menjayakannya.

Tidak akan kemana Parlimen Parit ini jika masih ada kelompok manusia jumud dan terlalu taksubkan pemimpin tertentu sehingga sanggup menimbulkan pelbagai fitnah terhadap mereka yang mahu membantu rakyat. Setidak-tidaknya, Datuk Mok melakukan yang terbaik untuk warga Parlimen Parit dan tidak menyebarkan pelbagai janji kosong yang sehingga hari ini masih gagal dilaksanakan.

Ulasan