Apa Salahnya Orang Najib Berbaik Dengan Pemimpin Pembangkang?


Pada Perhimpunan Agung UMNO tahun lalu, antara perkara yang sering menjadi ingatan buat warga UMNO adalah, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak selaku Presiden UMNO mahu semua ahli UMNO mengamalkan cara politik matang yang mana, semua ahli dan pemimpin UMNO perlu berjiwa besar dengan menyantuni mereka yang menyokong atau tidak menyokong UMNO demi ukhwah sejagat.

Namun begitu, bukan semua orang mampu mengikuti cara berpolitik Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak ini. Ada diantara mereka masih kekal mengamalkan permusuhan yang berpanjangan sehinggakan ia mampu menimbulkan perpecahan di kalangan umat Islam dan kaum Melayu itu sendiri.

Apa yang menarik untuk dikongsikan adalah, bagaimana seorang anak Parit yang begitu rapat dengan Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak, mampu untuk menyerlahkan bahawa politik hanyalah idealogi dan bukannya pegangan hidup.

Semalam, sewaktu berlangsungnya pertandingan bola sepak di Parlimen ini, telah tular beberapa keping gambar yang menunjukkan Datuk Akmar Hisham Mokhles @ Mohd Yusof berbual mesra dengan individu yang disebut-sebut sebagai calon dari Parti Amanah Negara, Datuk Tarmizi Mohd Jam dan wakil PAS, Muhammad Ismi Taib.

Kemesraan antara mereka dizahirkan secara tidak sengaja di mana ketiga-tiga mereka berkongsi membincangkan masa hadapan Parlimen Parit di samping bertukar-tukar pandangan antara satu sama lain.

Apa yang menariknya, terdapat beberapa fitnah yang cuba disebarkan oleh musuh-musuh politik Datuk Akmar dengan pelbagai tuduhan dilemparkan. Timbul persoalan, adakah salah buat seorang yang jati dirinya menyokong kuat UMNO dan Barisan Nasional, duduk bersama dan membincangkan hala tuju Parlimen ini secara terbuka?

Walaupun berbeza fahaman politik, apa yang penting, ketiga-tiga mereka menyimpan hasrat untuk mewakili seluruh rakyat di Parlimen Parit. Di samping itu juga, mereka juga mahu menjadi seorang pemimpin yang berjiwa besar seperti mana yang dilaungkan oleh Datuk Seri Mohd Najib sebelum ini.

Hari ini, sukar untuk kita melihat kemesraan wujud diantara pemimpin yang berlainan idealogi. Harus diingat, politik hanyalah idealogi yang menjunjung prinsip parti masing-masing. Ianya berada jauh dibelakang kepentingan menjaga persahabatan antara Islam selain membantu mengukuhkan hubungan silaturahim antara kita sesama kaum Melayu.

Tidak ada salahnya untuk beliau mahupun Ahli Parlimen Parit sekarang, Datuk Mohd Zaim Abu Hasan untuk duduk bersama membincangkan hala tuju Parit mengikut pemahaman masing-masing. Mungkin dari sinilah timbul idea untuk memajukan Parlimen ini terutamanya sekali di DUN Belanja yang dianggap sebagai begitu jauh ketinggalan dari arus permodenan semasa.

Ulasan