Jangan Sabotaj Calon Yang Dipilih Parti



Apabila tiba musim Pilihan Raya Umum, antara persoalan yang hangat diperkatakan, siapakah yang bakal dicalonkan untuk sesuatu kerusi DUN mahupun Parlimen. Masing-masing akan mula melobi calon kegemaran masing namun diakhirnya, hanya Presiden dan parti itu sendiri akan menamakan satu calon yang bakal bertanding di satu-satu kerusi.

Memetik ucapan perasmian Perhimpunan Agung UMNO kkali ke 71 oleh Yang Amat Berhormat, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak selaku Presiden parti, beliau mengingatkan setiap ahli supaya tidak mensabotaj calon yang telah dikenal pasti oleeh beliau dan parti.

Penting untuk diingatkan bahawa calon-calon berkenaan adalah hasil daripada pertimbangan sewajarnya dengan mengambil kira beberapa faktor yang boleh dan mampu memenangkan UMNO dan Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum ke 14 kelak.

Bagi Parlimen Parit, harus kita ingat, sentimen rakyat juga amat dititik beratkan kerana Parlimen ini adalah Parlimen yang secara tradisinya menjadi milik UMNO. Seandainya berlaku sikap mensabotaj calon ataupun parti sekiranya calon-calon yang mereka lobi, gagal menjadi calon buat UMNO, nampaknya, apa yang dinasihatkan oleh Datuk Seri Mohd Najib, mengalir deras seperti Sungai Perak.

Rakyat dan pengundi di Parlimen Parit berhak untuk menyuarakan pendapat mereka dan tidak seharusnya suara-suara mereka ini ditenggelamkan oleh nafsu kuasa semata-mata. Santuni pendapat mereka dan ambillah ia sebagai suara yang menyumbang kepada pembangunan parti dan Parlimen itu sendiri, bukannya diambil sebagai satu permusuhan yang sengaja dicetuskan.

Paling utama, usah disebabkan mahu melindungi kuasa yang ada, mereka yang lantang bersuara disenyapkan begitu sahaja seperti bertindak memindahkan mereka keluar kawasan dan macam-macam lagi tindakan yang tidak masuk akal. Mereka adalah suara yang membawa isi hati rakyat bawahan yang mahu menyaksikan pembangunan berterusan di bawa ke Parlimen Parit.

Fahamilah ayat yang dilafazkan oleh Yang Amat Berhormat Presiden parti, "pahatkan wala' yang sepenuhnya, ukirkan taat setia dan patuh kepada segala arahan pucuk pimpinan. Pabila sudah ada calon yang dikenal pasti, janganlah diboikot dan disabotaj, tapi tumpahkanlah taat setia serta sokongan yang tidak berbelah bagi."

Ulasan