Bakal Ada Kejutan Besar Berlaku Di Parlimen Parit




Hari demi hari, semakin mendebarkan untuk kita mengetahui, siapakah yang bakal di namakan sebagai calon bagi DUN Bota, DUN Belanja dan sudah semestinya calon bagi P069 Parit. Sebelum ini, terlalu banyak khabar angin berlegar-legar dengan mengaitkan banyak nama bagi mengisi kerusi-kerusi DUN dan Parlimen yang bakal dipertandingkan.

Mari kita selusuri keadaan semasa di ketiga-tiga kerusi yang ada di Parlimen Parit. Bagi kerusi DUN Bota, nama Tuan Haji Mior Shahrin begitu kuat dikaitkan dengan kerusi ini. Ini kerana, penyandang kerusi DUN ini, Datuk Nasarudin Hashim telah mengumumkan bahawa beliau tidak akan mempertahankan kerusi ini.

Justeru, keadaan ini menyaksikan kerusi ini bakal terbuka dengan nama Tuan Haji Mior Shahrin begitu kuat dikaitkan dengan kerusi ini. Malah, tinjauan secara rambang mendapati, beliau diterima baik oleh pengundi di DUN yang paling maju di Perak Tengah ini dan sekaligus memungkinkan beliau bakal di calonkan oleh UMNO Parit untuk kerusi ini.

Bagi DUN Belanja pula, beberapa nama di kaitkan untuk bertanding di kerusi ini. Selain daripada Datuk Nizar Zakaria yang merupakan penyandang bagi kerusi ini, nama Datuk Haji Mohd Zaim yang juga Ahli Parlimen bagi kerusi Parlimen Parit juga turut disebut-sebut berkemungkinan kembali semula ke kerusi ini.

Jika ini berlaku, ianya bakal menyaksikan satu lagi sejarah bakal tercipta apabila seorang ahli politik bertanding paling banyak di sesebuah pilihan raya. Sebelum ini, Datuk Haji Mohd Zaim bertanding di semua 5 Pilihan Raya Umum dengan 4 daripadanya berjaya beliau menangi dan kemuncaknya adalah apabila beliau berjaya menjadi Ahli Parlimen Parit.

Untuk kerusi Parlimen pula, sudah tentu pandangan akan dipusatkan kepada dua orang calon yang dilihat saling berusaha untuk menjadi calon bagi kerusi ini. Nama Datuk Haji Mohd Zaim disebut akan mempertahankan kerusi ini walaupun sebelum ini, sekurang-kurangnya 4 kali beliau pernah menyatakan bahawa, ini adalah penggal terakhir beliau sebagai ahli politik dana akan melepaskan kerusi ini kepada tenaga muda.

Oleh yang demikian, munculnya nama anak kelahiran Kampung Baru, Datuk Akmar Hisham Mohd Yusuf yang juga Setiausaha Akhbar Perdana Menteri. Beliau dilihat cukup disenangi oleh golongan muda yang mana pendekatan yang beliau ambil adalah lebih mesra rakyat dan mendengar sendiri permasalahan rakyat serta golongan muda.

Beliau juga lebih mudah didekati walaupun ada usaha-usaha yang cuba untuk mendakwa beliau bukanlah anak kelahiran Parit yang wajar diketengahkan. Namun, dari apa yang diperhatikan, rakyat kembali menaruh harapan dan keyakinan kepada beliau untuk menerajui Parlimen Parit kembali mengecapi kemajuan dari sudut ekonomi mahupun pembangunan infrastruktur yang berterusan.

Bukan mahu menidakkan peluang Datuk haji Mohd Zaim selaku penyandang kerusi ini. Namun, dari kenyataan yang beliau mahu berundur bagi memberi ruang kepada muka baru menerajui parlimen Parit, ditambah pula dengan usia beliau berkecimpung dalam politik di Parlimen Parit selama 22 tahun, rasanya sudah tiba masanya, tenaga muda diserapkan sebagai batu loncatan memajukan Parlimen Parit.

Sememangnya, beliau juga mempunyai jasa di Parlimen ini, namun dari apa yang diperhatikan, pembangunan di Parlimen ini dilihat tidak seimbang dengan DUN Belanja berada pada kedudukan yang cukup daif jika di banding dengan DUN Bota. Rasanya, inilah peluang terbaik buat kepimpinan tertinggi BN mengetengahkan tenaga muda untuk diangkat sebagai Ahli Parlimen P069 Parit.

Ulasan