Signifikan Perhimpunan Agung UMNO 2017



Untuk kali ke 71, Perhimpunan Agung UMNO diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dan mungkin ini adalah perhimpunan agung kali terakhir sebelum Pilihan Raya Umum ke 14 di adakan. Diberitakan, kira-kira 5,700 orang perwakilan akan menghadiri perhimpunan kali ini dan ia dianggap teramai dalam sejarah Perhimpunan Agung UMNO.

Persoalannya, apakah signifikan PAU kali ini untuk kelangsungan UMNO amnya dan BN khasnya serta kepimpinan Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak sebagai Perdana Menteri Malaysia untuk mendepani PRU14 yang dijangkakan akan diadakan berkemungkinan selepas Tahun Baru Cina tahun hadapan?

Meneliti senario politik negara masa kini, PAU kali ini dilihat sebagai amanat pilihan raya. Amanat untuk mengukuhkan saf bagi setiap sayap, Pemuda, Wanita dan Puteri. Ia juga sebagai memalukan gendang dgn lebih nyaring utk ditujukan kepada lawan yang kini dianggap masih lagi kucar-kacir dan tidak tersusun.

Apa tidaknya, tarikh PRU14 (jika ditakdirkan PRU14 diadakan selepas Tahun Baru Cina), kita cuma hanya ada kira-kira 100 hari sahaja lagi. UMNO yang menjadi tunjang kpd Barisan Nasional (BN) akan mengepalai perang pilihanraya. Manakala di pihak lawan, mengikut kekuatan jumlah kerusi yang dimenangi adalah memihak kepada DAP.

Namun senario dalam negara tidak menyebelahi DAP jika "kepala perang" diserahkan kepada Lim Kit Siang. Mengikut laporan terbaru, bakal Perdana Menteri di pihak lawan ialah mantan PM, Tun Dr. Mahathir Mohamad manakala bakal Timbalannya pula ialah Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail.

Kini tumpuan diletakkan ke atas Mahathir. Jika pihak lawan menang PRU14, maka ia adalah "jasa" Mahathir. Tetapi jika Pakatan Harapan kalah PRU14, Mahathir pastinya akan dikambing hitamkan oleh mereka yang hari ini mengaku sebagai rakannya. Itulah realitinya.

Apa jua keputusannya kelak, DAP tetap akan dianggap "menang" tidak kira berapa kerusi yang akan diperolehinya. Kelayakan ini adalah kerana parti berkenaan mempunyai akar umbi yang menyokong kekuatan asas DAP. Pihak yang pasti akan mengalami kekalahan ialah PPBM dan mungkin boleh dianggap akan terkubur.

Mungkin juga mereka tidak dapat menggunakan logo PPBM untuk bertanding disebabkan sekatan RoS atas kegagalan parti bunga berkenaan mengadakan mesyuarat agong selepas setahun penubuhannya. Melihat kepada semua senario ini, tibul persoalan, apa akan jadi dengan pendaftaran Harapan?

Nampaknya, ia juga tidak akan menjadi kenyataan dalam tempoh 100 yang berbaki ini. Jika sekalipun DAP dapat memenuhi permintaan ROS dengan menghantar laporan dan susunan kepimpinan tertinggi dalam masa 60 hari seperti yg tertakluk dalam akta, PPBM masih belum lagi dapat mengadakan menyuarat agung mereka. Inilah kekangan yang mereka hadapi.

Pendaftaran Harapan mungkin dapat dilakukan jika permohonan baru dibuat tanpa penyertaan PPBM. Namun masih adakah kemungkinan ini berlaku? Sehingga artikel ini diterbitkan, kemungkinan pendaftaran Harapan kepada pihak RoS, berkemungkinan besar tidak akan berlaku walau apa jua cara sekalipun.

Jika tiada penyelesaian dari PPBM, maka dalam PRU14 nanti, setiap parti dari pihak lawan akan menggunakan logo masing-masing. Pas sudah tentu akan berada dalam satu blok yg berlainan. Manakala DAP, PAN dan PKR akan bersatu dalam satu kem. Namun terpaksa juga menggunakan logo masing-masing.

Sekali lagi malang buat PPBM kerana PPBM tidak boleh menggunakan logo sendiri atas sekatan RoS. Maka, mahu tidak mahu, calon-calon PPBM akan bertenggek atas logo parti yang lain. Dalam masa kurang 100 hari, adakah mudah untuk menjenamakan satu logo baru dan satu manifesto bersama antara DAP, PKR dan PAN?

Suasana ini tentunya lebih menyedihkan bagi kem yg di bawah kepimpinan Mahathir. Mana dia hendak letak muka, parti sendiri pun gagal untuk bertanding dalam PRU14 yang mereka war-warkan adalah ibu segala pilihanraya abad ini? Apakah Mahathir akan bertenggek atas tiket DAP, PAN atau PKR untuk meminta ihsan menggunakan logo mereka?

Dalam keadaan ini, Mahathir dipercayai akan menarik diri untuk dicalonkan dalam PRU14 nanti. Maka siapa pula "kepala perang" bagi kem pihak lawan? Dari perkiraan kasar, besar kemungkinan, Lim Kit Siang akan mengetuai kem pembangkang atas alasan pengalamannya sebelum ini.

Apa yang pasti BN akan diterajui oleh Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak. PAS pula akan dikepalai oleh Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang. Jika ramalan ini betul-betul terjadi, maka PRU14 adalah milik BN. BN menang bukan sahaja dengan prestasi, kepimpinan, bahkan track record yg mengkagumkan.

Oleh itu PAU kali ini adalah juga medan utk merisik siapa antara bakal-bakal calon yang boleh diketengahkan dalam PRU14 nanti. Secara tidak langsung, ia juga menjadi medan "kempen" untuk mempromosikan diri agar, "pilihkan aku" untuk menjadi Yang Berhotmat.

Namun harus diingat, Yang Amat Berhormat Presiden mahukan wajah baru dan muda serta lebih enegetik bagi membawa cabaran UMNO dan BN pada Pilihan Raya Umum ke 14 nanti. Adakah mereka yang sudah terlalu lama selesa ini bersedia menghadapi sebarang kemungkinan rombakan besar terhadap calon-calon UMNO dan BN berlaku kelak?

*Artike dari Tuan Hisemudin Kasim, bekas engineer PLUS. Terdapat sedikit rombakan pada artikel ini.

Ulasan