Mungkin bagi penduduk setempat, Pekan Parit tidak mempunyai keistimewaannya yang tersendiri. Ini kerana, sejak berdekad lamanya, pekan kecil ini seolah-olah dilupakan oleh arus pembangunan sehinggakan pekan ini kerap kali mendapat jolokan pekan koboi.
Jika dilihat kepada potensi yang ada pada pekan kecil ini, sebenarnya cukup banyak ruang pembangunan boleh dilakukan sekiranya ia mendapat perhatian dari mereka yang bertanggungjawab menjaga Parlimen ini. Pembangunan seperti eco pelancongan amat mudah dibangunkan dan sekaligus memangkinkan ekonomi penduduk setempat di pekan kecil ini.

Untuk makluman, pekan Lundu hampir sama besar dengan pekan Parit namun atas inisiatif Ahli Parlimen di sana, di sepanjang Sungai Lundu, di bina satu waterfront yang sekaligus mengindahkan sepanjang pesisir sungai berkenaan.
Hal yang sama turut boleh dilakukan di Pekan kecil Parit ini di mana jika mereka cukup kreatif mengindahkan pekan Parit, satu lagi waterfront boleh diwujudkan di sepanjang pesisir Sungai Perak yang melalui pekan berkenaan. Di samping itu, aktiviti riadah seperti aktiviti berkayak turut boleh diwujudkan di kawasan berkenaan sekiranya ianya di perindahkan.
Pada mereka yang berminat untuk menjalankan perniagaan, waterfront ini boleh dijadikan pemangkin untuk mereka mula bertapak dalam perniagaan. Malah, medan selera yang ada di Pekan Parit ini juga boleh di majukan seandainya wujud tarikan baru buat pelancong mengunjungi Pekan Parit.
Seandainya pihak-pihak berkenaan serius untuk membangunkan Pekan Parit, mereka boleh sahaja mewujudkan jaringan kerjasama antara pengusaha homestay dengan pelbagai kementerian terutamanya Kementerian Pelancongan. Wujudkan beberapa kawasan yang dikenal pasti mampu dii bangunkan sebagai lokasi inap desa bagi mengetengahkan gaya hidup warga luar bandar terutamanya Parit kepada dunia luar.
Tidak terhenti setakat itu, mereka juga boleh mengambil contoh pembangunan eco pelancongan di Bandar Temerloh yang cukup terkenal dengan masakan ikan patin tempoyak. Di Perak, khususnya di Parit, tempoyaknya adalah antara yang terbaik dan sekiranya ada inisiatif mengetengahkan hasil warganya kepada pihak luar, bukan satu perkara mustahil warga Parit akan menikmati hasilnya.

Semuanya terletak ditangan mereka yang mempunyai kuasa untuk melakukan perubahan. Cukuplah selama berdekad-dekad, pekan Parit ini dilabelkan sebagai pekan koboi yang ketinggalan jauh dari arus permodenan. Sudah tiba masanya, pekan Parit mengalami transformasi pembangunan menyeluruh demi untuk mempertingkatkan taraf hidup warganya.
Perkara yg sama telah saya lontarkan dalam penulisan saya suatu ketika dulu.
BalasPadam.
http://hisemudinkasim.blogspot.com/2014/06/ke-arah-transformasi-dan-urbanisasi.html