Kadang kala, sukar untuk kita mendengar idea-idea bernas di keluarkan oleh orang-orang yang selama ini kita anggap sebagai tidak begitu penting dalam hidup kita. Namun begitu, golongan ini sebenarnya mempunyai pandangan dan keinginan untuk melihat sesuatu yang berada dihadapan mata mereka lebih maju dan lebih baik dari apa yang ada hari ini.
Dalam hal ini, apa jua struktur organisasi samada di peringkat pejabat mahupun pentadbiran seseuatu DUN mahupun Parlimen, amat memerlukan suara dan pandangan dari orang bawahan. Andai suara mereka ini ditidakkan, maka akan muncullah pemberontakan yang sememangnya tiada siapa ingin lihat dan alami.
Inilah yang dikatakan berlaku di Parlimen Parit hari ini. Menerusi beberapa sumber dari dalam Parlimen Parit itu sendiri, ramai yang mendakwa, terdapat segelintir rakyat yang bersuara demi kebaikan Parlimen Parit itu sendiri. Menurut sumber, pendapat dan idea mereka dilihat cukup relevan untuk memajukan Parlimen Parit terutamanya di kawasan DUN Belanja.
Namun begitu, tambah sumber ini lagi, pendapat mereka ini seringkali dinafikan. Malah terdapat usaha untuk mendiamkan mereka yang dianggap cuba bangkit melawan pentadbiran sedia ada. Lebih mengejutkan, ada diantara mereka yang berkhidmat di dalam kakitangan awam, telah ditukarkan ke daerah atau negeri lain supaya pendapat dan kritikan mereka ini disenyapkan.
Tidak dapat dipastikan kesahihan kisah ini, cuma seandainya benar kisah ini berlaku di Parlimen Parit, nampaknya, demokrasi yang selama ini begitu hebat dilaungkan oleh semua pihak, telah "mati" sebelum tiba waktunya.
Kita mungkin boleh merasa selesa dengan pangkat dan kuasa yang kita ada. Namun, tanpa mereka-mereka yang benar-benar mahu melihat sesebuah kawasan itu maju dengan menzahirkan idea, pendapat dan kritikan, kuasa dan pangkat itu tidak kemana.
Ianya bolehlah dianggap sebagai usaha untuk melenyapkan sebarang kritikan demi mengekalkan kuasa. Ianya juga boleh dianggap sama seperti modus operandi yang dilakukan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir yang melenyapkan sebarang kritikan keatas dirinya dengan menyumbat pengkritiknya kedalam tahanan ISA.
Apa yang diharapkan, perkara sebegini tidak berlaku namun sekiranya berlaku, apa yang diharapkan, terimalah kritikan, idea dan cadangan dari sesiapa sahaja dengan hati yang terbuka.
Kena ingat satu perkara, di atas Parlimen Parit, Parlimen Beruas adalah milik DAP. Di Batu Gajah hari ini dimiliki oleh pembangkang. Lumut, Manjung juga milik pembangkang. Adakah kita rela melihat Parlimen Parit yang kita sayangi ini akhirnya menjadi milik pembangkang setelah rakyat bangkit menolak dan enggan lagi menerima UMNO dan Barisan Nasional?
Ulasan
Catat Ulasan