Satu ketika dahulu, jalan Siputeh - Parit ini merupakan jalan utama ataupun alternatif buat penduduk di Bandaraya Ipoh, Batu Gajah dan kawasan sekitarnya untuk ke Taiping ataupun ke Setiawan sebelum terbinanya Lebuhraya Ipoh-Manjung. Laluan inilah yang digunakan oleh kereta, motosikal, bas mahupun lori setiap hari dan boleh dikatakan, jalan ini kekal menjadi pilihan sehingga kini.

Itu belum lagi menyentuh tentang lubang-lubang yang hanya ditampal sehinggakan ada yang mengatakan, sal jalan berkenaan tidak berlubang, sudah cukup. Pemandangan jalan berkenaan di saat negara sedang menuju negara maju boleh diibaratkan seperti baru sahaja menerima dertan bom di zaman perang.
Keadaan yang hampir sama turut berlaku kepada jalanraya selepas Pekan Parit yang mana situasi yang hampir sama berlaku terutamanya ketika menuju ke Tanjung Belanja. Persoalannya, sampai bila semua ini harus dihadap oleh penduduk Parit?
Benar, memang ada satu jalan yang menghubungkan Pekan Parit dan Seri Iskandar yang jaraknya lebih kurang 10 kilometer. Namun begitu, jalan berkenaan amat merbahaya dilalui pada sebelah malam kerana sepanjang jalan berkenaan, hanya dua batang lampu sahaja yang menyinari jalan berkenaan.

Pernah satu ketika, ada penduduk mengadu bahawa mereka pernah mengalami kemalangan dengan binatang buas seperti khinzir di laluan berkenaan. Sehingga hari ini, masih belum ada nyawa melayang namun perlukan sehingga ada nyawa melayang, baru tindakan proaktif mahu diambil?
Sudahlah talian telefon juga amat sukar didapati di laluan berkenaan dan sekiranya berlaku sebarang kejadian kecemasan, bagaimana mahu menghubungi rakan ataupun keluarga jika talian telefon pun gagal untuk diperolehi?
Melihat kepada kesemua situasi ini, dapatlah dirangkumkan bahawa, kemuduran yang menimpa Pekan Parit ini adalah disebabkan teruknya jaringan jalanraya yang boleh menghubungi Pekan Parit dengan dunia luar. Jika jalanraya sendiri pun berada dalam keadaan uzur, adakah mana-mana pihak yang berminat untuk melabur atau menjalankan perniagaan di kawasan berkenaan?

Tidak semua orang mahu menggunakan lebuhraya untuk ke satu-satu destinasi. Masih ada yang mahu menggunakan jalan-jalan kampung kerana disinilah keindahan sebenar dapat dinikmati. Disamping itu juga, ada warga luar yang mahu membeli buah-buahan kampung dan hasil produk tempatan. Bayangkan dengan jalan sedemikian, adakah orang mahu singgah ke Pekan Parit?
Ulasan
Catat Ulasan