Salah satu daerah utama di negeri Perak adalah Parit Tengah yang dianggap sebagai salah sebuah daerah yang penuh tarikannya yang tersendiri. Di dalam daerah ini, terdapat Pekan Parit yang diketahui umum mempunyai tarikannya yang tersendiri. Terletak kira-kira 30 kilometer dari Bandaraya Ipoh, Pekan Parit boleh dianggap sebagai salah satu ikon utama di negeri Perak.
Terletak di pesisir Sungai Perak, jika diperhatikan, cukup banyak ruang pembangunan boleh dibuat di pekan dan kawasan sekitarnya. Namun, entah apa yang berlaku, pekan Parit seolah-olah seperti dilupakan oleh arus pembangunan. Memang agak menghairankan, walaupun lokasinya cukup dekat dengan Bandaraya Ipoh, namun, kewujudannya seperti dilupakan.

Persoalannya, kenapa perkara sedemikian boleh berlaku? Untuk sedikit makluman, Parlimen Parit sememangnya adalah kerusi tetap buat UMNO di mana Ahli Parlimennya adalah Datuk Haji Mohd Zaim Bin Abu Hasan yang yang juga Ketua Bahagian UMNO Parlimen Parit. Beliau telah menjadi wakil rakyat sejak 1995 namun pada tahun 1999 beliau tewas.
Namun, pada tahun 2004 beliau bertanding semula dan berjaya memenangi kerusi ini sehingg hari ini. Beliau juga menjadi wakil rakyat selaman 4 penggal di mana 3 penggal sebagai ADUN Belanja dan penggal sekarang sebagai Ahli Parlimen. Malah, beliau jadi Ketua UMNO Bahagian Parit sejak 1996.
Melihat kepada latar belakang Ahli Parlimennya sendiri yang merupakan anak jati Parit, pastinya kita menganggap, pembangunan Pekan Parit akan lebih menyeluruh. Namun, apa yang disaksikan hari ini, agak menyedihkan. Pekan Parit seolah-olah dilupakan dan amat sukar untuk melihat sentuhan pembangunan tiba di pekan kecil ini.
Sepatutnya, jika sudah menggunakan nama Parlimen Parit, sudah semestinya pekan Parit akan menerima sentuhan awal pembangunan. Namun, apa yang berlaku, hanya Seri Iskandar menerima arus pembangunan yang cukup meluas berbanding pekan Parit yang dibiarkan usang dan terus uzur.

Usahlah hanya menumpukan keindahan dan kemodenan Seri Iskandar yang turut berada di Parlimen Parit sehingga melupakan kewujudan Parit itu sendiri. Banyak ruang pembangunan boleh di cipta dan du buat seperti mengindahkan persekitaran Pekan Parit, mewujudkan waterfront di pesisir Sungai Perak dan banyak lagi.
Ulasan
Catat Ulasan