Sejak sekian lama, antara masalah yang begitu kerap diperkatakan adalah penyalahgunaan najis dadah. Kes melibatkan penyalahgunaan dadah ini tidak terhad kepada golongan dewasa semata-mata, malah ianya turut membabitkan pelbagai peringkat umur yang mana mereka tidak memperdulikan apa jua situasi dan keadaan semasa mereka melepaskan gian mereka.
Hari ini, diperakui bahawa negeri Selangor merupakan negeri yang mempunyai kadar penagih tertinggi di Malaysia. Namun begitu, usah kita terlalu mudah memandang mudah akan perkara ini. Walaupun pekan Parit terletak jauh daripada Selangor, namun dari beberapa pemerhatian menampakkan kecenderungan penagih menjadikan beberapa kawasan panas di Parit sebagai lokasi mudah untuk melepaskan gian.

Namun hari ini, keadaannya cukup menyedihkan. Dengan kawasan berkenaan sudah dipenuhi semak samun, keadaan semasa tidak diuruskan dengan baik, dua buah rumah berkenaan kini sudah dijadikan sebagai port terbaik buat penagih dadah.
Penulis sendiri melihat keadaan semasa di dalam kawasan berkenaan. ada diantaranya terdapat bekas-bekas picagari yang telah digunakan malah terdapat juga kondom yang telah digunakan. Adakah pembinaan dua buah binaan ini hanya bertujuan untuk mengizinkan mereka yang mahu menghancurkan diri ini bebas berbuat sesuka hati mereka?
Sebagai anak jati Parit, sudah semestinya kita tidak mahu melihat golongan muda di parit hanyut oleh najis dadah. Untuk ini, adalah amat wajar buat para pemimpin setempat terutamanya ADUN dan Ahli Parlimen Parit sendiri bertindak lebih proaktif dalam membendung gejala ini daripada semakin membiak dan berleluasa.

Pada masa akan datang, dataran yang pernah mempopularkan nama Parit dengan hidangan ikan sungai ini mampu dibangunkan dan diselenggarakan dengan lebih sempurna. Ini adalah salah satu lokasi tempat tarikan pelancong ke Pekan Parit dan cukup sayang sekiranya lokasi ini terus terbiar tanpa sebarang usaha untuk memajukannya.
Ulasan
Catat Ulasan