Jangan Biarkan Bencana Di Pulau Pinang Tiba Ke Parit



Memasuki musim tengkujuh ini, banyak tempat kini dalam proses siap sedia menghadapi kemungkinan banjir. Kebimbangan ini ada asasnya jika dilihat beberapa kawasan di Kedah dan Perak sudahpun ditenggalami air akibat hujan lebat yang turun sejak akhir-akhir ini.

Di Pulau Pinang pula, keadaannya lebih buruk apabila keseluruhan Pulau Pinang ditenggelami air. Keadaan ini menyaksikan negeri berkenaan lumpuh dengan hampir kesemua aktiviti tidak dapat dijalankan seperti biasa. Lebih memburukkan keadaan, dilaporkan 8 laporan tanah runtuh turut berlaku di negeri berkenaan.

Melihat akan keadaan ini, mungkin penduduk di Parlimen Parit khususnya mereka yang tinggal berhampiran dengan kawasan Sungai Perak, perlu mengambil iktibar dengan apa yang berlaku. Usah mengambil sikap sambil lewa dengan keadaan semasa kerana Pulau Pinang telah memberikan kita satu pengajaran yang cukup berguna.

Umum sedia maklum bahawa kerajaan negeri Pulau Pinang sentiasa mengambil sambil lewa keperluan untuk menyelenggara sistem perparitan, pembuangan sampah dan kebersihan kawasan sungai di negeri berkenaan. Malah, mereka langsung tidak pernah peduli akan tahap keselamatan penduduk walaupun menyedari, risiko banjir akan tetap berlaku.

Di Parlimen Parit, khususnya di Pekan Parit itu sendiri, keadaan yang hampir serupa turut berlaku. Apa yang menyedihkan, sistem perparitan di sepanjang laluan memasuki Pekan Parit dan di dalam Pekan Parit itu sendiri kadang kala tidak diuruskan dengan berkesan. Malah, laluan menuju ke Tanjung Belanja di laporkan kerap berlaku limpahan air sekiranya hujan lebat turun lebih dari 2 jam.

Bagi penduduk di Pekan Parit dan Tanjung Belanja, risiko limpahan air sungai juga tidak harus di pandang mudah. Agak dikesalkan apabila sepanjang tebing Sungai Perak yang berada di dalam Pekan Parit, boleh langsung tidak dikemas dan diperindahkan. Malah, ada yang mendakwa, di tebing sungai berkenaan dijadikan tong sampah alternatif penduduk setelah pihak berkuasa tempatan begitu payah menyinggahi Pekan Parit untuk mengutip sampah para peniaga dan penduduk.

Memang, banjir ini bukan semestinya dari laluan perparitan yang tersumbat, tidak diselenggara dan keadaan sungai yang tidak terurus seperti yang berlaku di penduduk Simpang Tiga, Parit. Setidak-tidaknya, jika ada tindakan proaktif diambil seperti mengadakan gotong royong besar-besaran bagi membersihkan semua lokasi yang dikenal pasti berisiko banjir, kejadian banjir ini mampu dielakkan.

Jangan sampai pada satu hari nanti, Pekan parit ditenggelami air semula barulah teringat untuk menyelenggara Pekan kecil ini. Jangan berasa terlalu selesa seperti mana mereka yang tinggal di Seri Iskandar kerana Pekan Parit sendiri seolah-olah semakin dilupakan oleh mereka-mereka yang sepatutnya bertanggungjawab.

Ulasan