Bagi rakyat negeri Perak, selain daripada Batu Kurau, Parit adalah salah sebuah lokasi di mana hasil kebun buah-buahannya menjadi tumpuan ramai, terutamanya Durian. Selain itu, Parit juga turut dikenali sebagai salah sebuah tempat yang diiktiraf sebagai pekan warisan yang ada di negeri Perak Darul Ridzuan.
Bunyinya mungkin seperti klise tetapi Parit juga tidak kurang hebatnya dalam melahirkan individu yang disegani. Semalam, bertempat di Putrajaya, seorang anak Parit telah berjaya memimpin sebuah kelab yang bakal melahirkan seorang jaguh sukan eksterim yang diiktiraf dunia.
Bayangkan, dari seorang anak kampung, melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaya, menjadi wartawan dan seterusnya menjadi Setiausaha Akhbar Perdana Menteri, perjalanan anak Parit ini cukup menarik perhatian penulis.
Semalam, beliau telah berjaya menghantar seorang atlet sukan ekstrim, Muqharrabbin Mukhtarruddin ke Kutub Selatan bagi melengkapkan perjalanan seorang anak Malaysia bagi meraih gelaran Grand Slam, yang pertama seumpamanya di Malaysia.
Disebalik kejayaan KE7B ini, dibelakangnya adalah Datuk Akmar yang selama ini menjadi penasihat buat kelab ini. Beliaulah yang memastikan perjalanan kelab ini berjaya dan melahirkan 24 orang pendaki yang berjaya sampai ke puncak Gunung Everest, gunung tertinggi di dunia. Malah, beliau juga pernah berada di kem 2 gunung tersebut bagi mengiringi pendaki Malaysia.

Artikel ini bukanlah mahu menjulang tinggi nama Datuk Akmar. Apa yang ingin dicoretkan di sini adalah, siapa sangka disebalik kejayaan KE7B, beliau juga adalah salah seorang pemikir untuk melicinkan kepimpinan negara, berani mencuba dan paling utama beliau adalah anak jati Daerah Perak Tengah iaitu Parit.
Siapa kata, Parit hanya popular dengan buah Durian dan buah-buahan tempatan. Datuk Akmar telah berjaya membuktikan bahawa anak Parit juga mampu untuk mencorakkan perjalanan petadbiran negara disamping mampu untuk mengharumkan nama negara ke peringkat antarabangsa.
Ulasan
Catat Ulasan